14 Mac 2019 - 07:34
A.S Gugur Perkataan "Diduduki" Ketika Merujuk Kepada Tebing Golan

Amerika Syarikat telah mengugurkan perkataan "diduduki" dalam menggambarkan Tebing Golan yang dijajahi Israel sekaligus membuka ruang bagi rejim Israel untuk meneruskan usaha mengilhakan wilayah itu ke dalam entiti mereka.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Amerika Syarikat telah mengugurkan perkataan "diduduki" dalam menggambarkan Tebing Golan yang dijajahi Israel sekaligus membuka ruang bagi rejim Israel untuk meneruskan usaha mengilhakan wilayah itu ke dalam entiti mereka.

Jabatan Negara A.S mengubah penyifatan mereka berhubung Tebing Golan dengan menggunakan konsep wilayah yang "dikuasai" Israel dan meninggalkan konsep wilayah yang diduduki rejim tersebut di dalamm laporan hak asasi global tahunan yang diterbitkan pada hari Rabu smealam.

Israel telah melobi pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk mengiktiraf kedaulatan Israel di Tebing Golan yang diilhak mereka pada tahun 1981.

Tel Aviv mendakwa bahawa Tebing Golan yang ditawan oleh pasukan tentera rejim Zionis Israel pada tahun 1967 sangat penting untuk keselamatannya.

Walau bagaimanapun, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sehingga ini mengiktiraf kedaulatan Syria di wilayah itu. - Press TV